Berita UtamaIstimewa

MCA kalah teruk di PRN Sabah, isyarat sudah tidak relevan

Tumpang kasih kawasan Melayu, jika PN tak sedar lagi, tak tahulah

BANGI, 9 Safar 1442H, Ahad – Tidak memenangi walau satu pun kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam, memberi isyarat jelas parti berasaskan kaum MCA sudah tidak lagi relevan. 

Pemerhati politik, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, MCA kalah teruk di semua kawasan yang ditandingi, parti itu hanya kelihatan menumpang tuah Perikatan Nasional (PN).

“Ini memberikan isyarat bahawa MCA sudah tidak relevan. Menumpang kasih orang di kawasan majoriti Melayu.

“Jika pimpinan PN tidak sedar, tidak tahulah, MCA sudah tidak lagi relevan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini. 

MCA bertanding di empat kerusi dalam PRN Sabah iaitu di kerusi tradisi N.25 Kapayan serta tiga lagi kerusi baharu iaitu di N.55 Elopura, N.54 Karamunting dan N.19 Likas.

Bagaimanapun, parti itu kalah di semua kerusi yang dipertandingkan. 

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan PRN yang memihak kepada Gerakan Rakyat Sabah (GRS) – yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), Prof Ridhuan Tee berkata, kemenangan itu secara tidak langsung menunjukkan rakyat Sabah menerima Muafakat Nasional dan PN.

Beliau berkata, keterbukaan rakyat negeri itu jelas menunjukkan kematangan mereka dalam berpolitik, di mana ia perlu dicontohi oleh Semenanjung.

“Ketika ultra kiasu berkempen dalam bahasa Cina, pemimpin ultra kiasu bermimpi buruk bahawa Bung Moktar Radin dan Musa Aman menjadi Ketua Menteri dan Yang di-Pertua negeri.

“Ultra kiasu ini turut menggesa rakyat Sabah menolak PN dan mengundi Warisan Plus bagi menghalang mimpi buruknya itu.

“Nampaknya mimpi buruk ultra kiasu menjadi kenyataan dengan kemenangan PN dalam PRN Sabah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berdasarkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) malam tadi, GRS memperoleh majoriti mudah iaitu 38 daripada 78 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Majoriti mudah 38 kerusi itu diperoleh hasil kemenangan parti gabungan tersebut yang mana PN (17 kerusi), BN (14 kerusi) dan PBS (7 kerusi).

Warisan dan gabungannya – PKR, DAP dan UPKO menang 32 kerusi. Sementara, tiga DUN lagi dimenangi calon Bebas.

BACA PENUH KENYATAAN PROF DR RIDHUAN TEE ABDULLAH DI RUANGAN PENDAPAT ISMAWEB.NET

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button