Artikel KhasBerita Utama

Mimpi buruk ultra kiasu jadi kenyataan

Harap tiada lagi 'lompat katak', jika tidak, goyang lagi kerajaan Sabah

TAHNIAH! Kemenangan ini turut menunjukkan bahawa rakyat Sabah menerima Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Keterbukaan rakyat Sabah sudah jelas menunjukkan kematangan mereka dalam berpolitik, yang mana ia perlu dicontohi oleh Semenanjung. Bumiputera Sabah semuanya adalah saudara kita. Ketuanan Bumiputera perlu ditegakkan oleh PN daripada diperkosa ultra kiasu.

Nampaknya mimpi buruk ultra kiasu menjadi kenyataan dengan kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Sabah.

Ketika ultra kiasu ini berkempen dalam bahasa Cina, pemimpin ultra kiasu bermimpi buruk bahawa Bung Moktar Radin dan Musa Aman daripada menjadi Ketua Menteri dan Yang di-Pertua Negeri. Ultra kiasu ini turut menggesa rakyat Sabah menolak PN dan mengundi Warisan Plus bagi menghalang mimpi buruknya itu.

Akhirnya, mimpi buruk ini ternyata menjadi kenyataan. Bermimpilah lagi. Mudah-mudahan mimpi buruk itu akan berulang ketika PRU15 yang bakal menjelang

Perdana Menteri (PM) dalam kempen PRN Sabah, mengatakan bahawa PRU15 berlangsung secepat mungkin, jika kemenangan berpihak kepada PN.

Nampaknya, semua itu menjadi kenyataan. PRU15 tidak lama lagi.

Maka, bubarkanlah segera Parlimen, pasti apa yang berlaku di Sabah, akan merebak ke seluruh negeri.

Tidak mustahil, seluruh negeri, termasuk Selangor akan jatuh kepada PN. Pulau Pinang mungkin ada sukar, tetapi tidak mustahil.

Parti menumpang tuah PN iaitu MCA, kalah teruk kesemua kawasan yang ditandingi.

Ini memberikan isyarat bahawa parti ini sudah tidak relevan lagi. Menumpang kasih orang di kawasan majoriti Melayu.

Kalau pimpinan PN tidak sedar lagi, tidak tahulah, MCA sudah tidak relevan lagi.

Kawasan majoriti Melayu di Semenanjung selepas ini mesti ditandingi oleh orang Melayu bagi menambah kerusi PN, untuk mendapat dua pertiga, jika boleh.

Kejayaan ini menunjukkan bahawa PH mula ditolak oleh rakyat.

Tahniah PAS kerana mengambil keputusan tidak bertanding. Mudah-mudahan ada seorang dua muka PAS yang akan dilantik menjadi Exco, baharu ultra kiasu tahu langit itu tinggi atau rendah.

Nasihat saya kepada Ketua Menteri baharu, jika ditakdirkan adalah seperti mimpi buruk ultra kiasu, jalankanlah tugas dengan penuh integriti. Jangan lakukan kesilapan lagi seperti yang pernah berlaku sebelumnya. Kawal isteri, agar tidak campur tangan dalam urusan kerajaan negeri.

Sokongan rakyat Sabah sudah cukup kuat untuk memberikan kemenangan besar kepada PN dalam PRU15.

Sebab itu, pembahagian kerusi dalam MN dan PN amat penting sekali dalam PRU15. Jika ego yang menjadi sandaran, terus merebut kuasa, maka tunggulah akibatnya

Kemenangan tipis, harap-harap tidak berlaku lagi lompat katak. Jika berlaku juga, goyang lagi kerajaan negeri Sabah.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button