Berita UtamaDunia

Arab Saudi tetapkan negara mana boleh hantar jemaah umrah

Tak boleh masuk Masjidil Haram tanpa isi maklumat di 'I'tamarana'

RIYADH, 10 Safar 1442H, Isnin – Arab Saudi akan memutuskan negara mana yang dibenarkan untuk menghantar jemaah bagi menunaikan umrah, menurut laporan media.

Kenyataan itu dibuat Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Muhammad Saleh Banten selepas Kementerian Dalam Negeri mengesahkan Riyadh akan membenarkan warga asing melaksanakan ibadah umrah yang akan dilakukan secara berperingkat mengikut fasa ketiga berkuat kuasa 1 November depan.

Bagaimanapun, senarai negara dari mana jemaah boleh dibenarkan tidak didedahkan.

Benten berkata, negara itu akan menyediakan laluan elektronik khas untuk ketibaan dan penerbangan pulang para jemaah pada musim akan datang.

Merujuk kepada langkah menyambung semula ibadah umrah kepada jemaah tempatan pada 4 Oktober ini, beliau berkata, hanya 12 kumpulan jemaah dibenarkan melakukan umrah dalam tempoh 24 jam di bawah fasa pertama.

“Mereka akan dibahagikan kepada kumpulan yang bakal diiringi seorang profesional kesihatan.

“Hanya jemaah berusia antara 18 dan 65 tahun dibenarkan menunaikan ibadah umrah di bawah fasa pertama ini,” katanya sambil menambah tiada bayaran dikenakan untuk permit umrah.

“Tiada jemaah umrah yang akan dibenarkan memasuki Masjidil Haram di Makkah tanpa mengisi prosedur masuk melalui aplikasi mudah alih “I’tamarana” dan ini bagi memastikan kesihatan dan keselamatan mereka,” katanya.

Katanya lagi, penyusunan alternatif juga akan dilakukan disediakan sekiranya terdapat kesulitan teknikal. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button