Berita UtamaPendapat

Jangan biarkan mereka terus permainkan kita pada PRU-15

ADUN lompat parti selepas keputusan PRN adalah pengkhianat

1. TAHNIAH diucapkan kepada Perikatan Nasional (PN) yang telah memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN0 Sabah baru-baru ini mengalahkan Pakatan Harapan (PH) Plus.

Semua pihak harus berfikiran matang dan menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka

2. Rakyat Sabah telah memilih dan memberikan mandat yang jelas terhadap pakatan yang dibentuk semasa kempen pilihanraya.

Justeru, pembentukan kerajaan negeri dan juga pemilihan Ketua Menteri (bidangkuasa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri atau TYT ) hendaklah berasaskan mandat tersebut

3. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti selepas keputusan PRN untuk kepentingan peribadi dan habuan material adalah pengkhianat.

Begitu juga parti yang menukar sokongan kepada pakatan lain juga adalah pengkhianat

4. Semua tindakan-tindakan seumpama ini hanya akan menyebabkan PRN kali ini hilang maknanya, padahal rakyat Sabah telah bergadai nyawa keluar mengundi mengharungi risiko COVID-19 yang semakin memuncak di Negeri Di Bawah Bayu

5. Kita mesti mempelajari sesuatu dari PRN Sabah kali ini. Salah satu darinya ialah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak akan menyelesaikan masalah kestabilan politik negara, jika para Ahli Parlimen terus berjuang demi survival politik masing-masing, bukannya untuk rakyat dan negara

6. Sebagaimana berlaku perebutan jawatan Ketua Menteri Sabah kali ini, PRU-15 nanti juga pasti akan menyaksikan perebutan kuasa Perdana Menteri.

Bukankah elok jika kita serahkan kepada TYT dan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik berlandaskan perlembagaan negeri/Persekutuan dan penilaian terbaik mereka?

7. PRN Sabah dijangkakan akan menghasilkan kluster-kluster baharu COVID-19.

Akibat kerakusan para ahli politik, keselamatan dan kesihatan rakyat terancam kali ini. Jangan biarkan mereka terus mempermainkan kita semua untuk PRU-15 nanti pula!

Ir. Ts. Lukman Al Hakim

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button