Dunia

Zionis menyerah kalah! Gaza rai kemenangan selepas 11 hari pertempuran

Israel setuju cadangan Mesir laksana gencatan senjata tanpa syarat

GAZA, 9 Syawal 1442H, Jumaat – Tembakan bunga api menghiasi ruang udara Semenanjung Gaza meraikan kemenangan pejuang Palestin terhadap pertempuran selama 11 hari, selepas pengganas Israel secara rasmi menerima cadangan Mesir untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat. 

Keputusan rejim Tel Aviv itu secara tidak langsung memberi isyarat kemenangan kepada Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan tentera Briged Ezzedin al-Qassam. 

Ia juga kejayaan buat seluruh penduduk Palestin, khususnya di Gaza dan Baitulmaqdis serta umat Islam dan penyokong perjuangan Palestin di seluruh dunia. 

Dalam satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan bahawa Kabinet keselamatan sebulat suara menerima saranan Mesir untuk melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat. 

Hamas dan Jihad Islam kemudiannya mengesahkan gencatan senjata itu dalam satu kenyataan, yang berkuat kuasa pada jam 2 pagi (waktu tempatan). 

Bagaimanapun, pejabat Netanyahu mendakwa kedua-dua pihak masih berunding dengan tepat bila ia akan berkuat kuasa. 

Sejak pertempuran minggu lalu, 232 rakyat Palestin termasuk 65 kanak-kanak terbunuh dalam serangan pengeboman Israel. 

Sementara di Israel, 12 orang termasuk dua kanak-kanak telah terbunuh sepanjang 11 hari pertempuran. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button