Berita UtamaDunia

Kes COVID-19 di India sudah 6.1 juta

Lapor hampir 90,000 kes setiap hari, tertinggi di dunia

NEW DELHI, 10 Safar 1442H, Isnin – Jumlah jangkitan wabak COVID-19 di India mencecah enam juta kes setakat hari ini.

Angka berkenaan menyaingi Amerika Syarikat (AS) yang muncul sebagai negara paling terjejas akibat wabak pandemik itu.

India adalah negara padat di mana, diduduki oleh 1.3 bilion penduduk dan sistem penjagaan kesihatan lemah antara faktor sekitar 90,000 kes baharu dilaporkan setiap hari – tertinggi di dunia.

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 82,000 kes baharu pada Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6.1 juta kes.

Jurang perbezaan angka kes dengan AS adalah sebanyak sejuta, di mana AS mencatatkan 7.1 juta jangkitan.

Bagaimanapun, India mempunyai kadar kematian yang jauh lebih rendah daripada negara-negara lain iaitu hampir 100,000 korban, manakala AS mencatatkan sebanyak 205,000 kematian.

Sementara itu, Brazil mencatatkan 140,000 kematian.

Bekas Setiausaha Kesihatan Kebangsaan, Sujatha Rao berkata, negara itu sukar mengawal penularan wabak ketika ini.

Rao berkata, perubahan mungkin hanya dapat dilakukan apabila sekatan ketat dilaksanakan, selain pematuhan langkah-langkah pencegahan seperti pemakaian topeng.

Namun, perintah berkurung tidak mungkin dapat dilakukan setelah dilaksanakan pada Mac lalu, sekali gus memberi kesan buruk kepada ekonomi dan kehidupan berjuta-juta rakyat miskin.

New Delhi bertindak membuka beberapa sekolah dan perkhidmatan kenderaan awam, malah,  pasar dan restoran turut dibenarkan beroperasi dengan langkah-langkah pencegahan.

Bulan ini, Taj Mahal juga telah dibuka kepada para pelancong. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button