Berita Utama

Parti menang jumlah kerusi terbanyak berhak tuntut jawatan KM: Penganalisis

Kerajaan gabungan boleh di bentuk walaupun GRS belum daftar

KOTA KINABALU, 10 Safar 1442H, Isnin  – Kerajaan gabungan boleh dibentuk di negeri Sabah, walaupun kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – dianggotai Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) – masih belum didaftarkan sebagai satu gabungan.

Penganalisis politik, Dr Romzi Ationg berkata, kerajaan baharu boleh diperintah oleh gabungan yang terdiri daripada 17 wakil rakyat Perikatan Nasional (PN), 14 (BN), 7 (PBS) dan tiga wakil rakyat Bebas iaitu jumlah 41 wakil rakyat.

Bagi jawatan Ketua Menteri, beliau berkata, secara praktikal, parti dalam PN atau BN yang memenangi jumlah kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) berhak menuntut jawatan Ketua Menteri.

Datuk Hajiji Noor daripada PN-Bersatu dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (UMNO-BN) dikatakan sebagai kemungkinan menjadi calon untuk dilantik sebagai Ketua Menteri.

Susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam, pemimpin kanan PN, BN dan PBS mengadakan beberapa siri mesyuarat berhubung calon ketua menteri.

Semalam, pemimpin berkenaan menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

Ketika meninggalkan Istana Negeri, Bung Moktar memberitahu pemberita bahawa Yang Dipertua Negeri meminta sedikit waktu bagi memutuskan calon Ketua Menteri. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button