Berita UtamaDunia

COVID-19: WHO sumbang 120 juta kit ujian kepada negara miskin

Projek ini memungkinkan pembangunan ujian di kawasan sukar dilawati

GENEVA, 11 Safar 1442H, Selasa – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan strategiknya akan menyediakan 120 juta kit ujian pantas COVID-19 kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kit ujian itu boleh memberikan keputusan antara 15 hingga 30 minit berbanding beberapa hari atau jam, sebelum ini.

“Projek ini memungkinkan pembangunan pengujian, terutamanya di kawasan sukar dilawati atau daerah pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan makmal atau pekerja kesihatan terlatih mencukupi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media bersama pertubuhan dan rakan kongsi termasuk Yayasan Inovatif Diagnosis, Dana Global, Unitaid dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Afrika, semalam.

Menurut WHO, kit ujian itu berharga AS$5 (RM20.84) seunit, jauh lebih murah berbanding kit ujian tindak balas rantai polimerase (PCR).

WHO berkata, perjanjian antara dua pengeluar dan Yayasan Bill & Melinda Gates, boleh menyumbang sebanyak 120 juta kit ujian yang lebih canggih dan mudah digunakan dalam jangka masa enam bulan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button