Dunia

Konon dibina tanpa permit, Zionis roboh 500 bangunan Palestin tahun ini

Ada juga pemilik terpaksa roboh rumah sendiri elak didenda Israel

RAMALLAH, 11 Safar 1442H, Selasa – Rejim pengganas Israel merobohkan lebih 500 bangunan milik Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sejak awal tahun ini, kata Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA). 

Agensi PBB itu berkata, sebanyak 506 bangunan dirobohkan oleh penjajah Israel di Tebing Barat, kononnya dibina tanpa permit yang sah.

Menurut laporan agensi itu, sebanyak 134 struktur setakat ini telah dirobohkan di Timur Baitulmaqdis yang diduduki pada tahun 2020. 

UNOCHA berkata, Israel merobohkan 22 lagi bangunan dan premis dalam tempoh dua minggu lalu, menyebabkan 50 penduduk Palestin tiada tempat tinggal dan 200 yang lain terjejas.

Difahamkan, 12 aktiviti perobohan itu dilakukan oleh pemiliknya sendiri untuk mengelakkan denda dan bayaran saman dikenakan oleh rejim Israel.

10 struktur lain yang dirobohkan terletak di Kawasan C, di mana menyumbang sekitar 61 peratus dari Tebing Barat yang diduduki.

Israel menjajah Tebinh Barat dan Baitulmaqdis ketika Perang Enam Hari 1967. 

Rejim itu membenarkan perobohan rumah rakyat Palestin dengan alasan kononnya tidak mempunyai permit. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button