Berita UtamaDunia

Normalisasi Israel: Liga Arab tikam belakang Palestin

Dakwaan rancangan aneksasi akan terhenti adalah salah

RAMALLAH, 11 Safar 1442H, Selasa – Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) semalam mendakwa, kenyataan yang dibuat Ketua Setiausaha Liga Arab mengenai langkah perdamaian dengan negara penjajah Israel adalah ‘salah’, lapor Al-Watan Voice.

Anggota Jawatankuasa Eksekutif PLO, Wasel Abu Yousef berkata, ucapan Ahmed Aboul Gheit bahawa normalisasi berterusan beberapa negara Arab dengan pendudukan Israel akan menghentikan rancangan aneksasi negara itu adalah salah.

“Normalisasi hubungan antara negara-negara Arab dan Israel merosakkan kedudukan Arab dan memecahkan sistem demi mendapatkan persetujuan dari Amerika Syarikat (AS) dan Benjamin Netanyahu,” katanya.

Abu Yousef menjelaskan, normalisasi itu juga sebagai ‘tikaman belakang’ serta pengkhianatan hak Palestin yang sah.

Terdahulu, Aboul Gheit mendakwa, bahawa beliau ‘memahami ketakutan rakyat Palestin’ yang timbul daripada perjanjian UAE-Israel, bagaimanapun ia telah menghentikan rancangan aneksasi.

“Aneksasi dihentikan selama-lamanya. Negara-negara Arab bertukar pegawai dan membuka pejabat dengan Israel mengikuti Perjanjian Oslo dan menutupnya setelah bermulanya Intifada al-Aqsa.

“Sekiranya Israel melakukan aneksasi Tebing Barat, negara-negara Arab akan mengambil langkah sama,” katanya.

Beliau turut mendakwa pentadbiran AS ketika ini ‘menindas’ rakyat Palestin tetapi ‘perjanjian damai menjejaskan aneksasi Tebing Barat ketika pentadbiran Donald Trump’. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button