Pendapat

Kerja dari rumah, satu merit buat wanita

Mampu minimakan peruntukan kos pengangkutan, makan

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan penularan wabak jangkitan Coronavirus Disease, COVID-19 sebagai pandemik pada Mac 2020 berikutan peningkatan kes positif jangkitan dan kematian di seluruh dunia. Malaysia juga antara negara yang turut terkesan dengan penularan wabak penyakit ini dan sehingga kini masih berjuang untuk melawan pandemik COVID-19 sehingga muncul arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia pada Mac lalu.

Berikut pelaksanaan PKP di seluruh Malaysia, satu norma baharu bagi beberapa sektor pekerjaan telah diperkenalkan iaitu konsep ‘Work from Home (WFH)’ iaitu melaksanakan tuntutan kerja secara jarak jauh dari rumah bagi meningkatkan kawalan jangkitan wabak COVID-19 itu.

Konsep WFH ini bukanlah suatu yang asing bagi sesetengah negara yang memang menyediakan tawaran pekerjaan secara jarak jauh. Pelbagai N=negara seperti Finland, Amerika Syarikat (AS) dan Australia di mana terdapat beberapa jenis syarikat yang menawarkan kerja secara atas talian yang banyak membabitkan urusan pengendalian data dan transaksi digital.

Terdapat banyak kebaikan melaksanakan konsep WFH bagi para pekerja khususnya buat para wanita tidak kira yang bujang mahupun sudah berumahtangga. Antara kebaikan melaksanakan konsep WFH ialah meminimakan masa perjalanan ke tempat kerja, mampu meningkatkan produktiviti, membantu dalam mengimbangi kehidupan berkerja dan peribadi, memberi fleksibiti waktu kepada para pekerja juga mampu memberi kebahagiaan yang stabil kepada para pekerja yang mudah tertekan bila berada di pejabat.

Satu kajian yang dijalankan oleh Professor Bloom dari Stanford University berkaitan pekerjaan jarak jauh di mana hampir 40 peratus daripada pekerja di AS selesa melakukan kerja dari rumah sepenuhnya.

Menurut kajian beliau, kebanyakannya memilih untuk bekerja dari rumah kerana fleksibiliti masa yang diperuntukkan. Mereka lebih selesa untuk berkerja di rumah dengan suasana yang lebih selesa dan kurang formal. Secara tidak langsung, produktiviti kerja juga meningkat kerana mampu menyelesaikan tugas dengan suasana yang kondusif juga lebihan masa kerana mampu meminimakan masa untuk perjalanan ke tempat kerja.

Bagi wanita yang berkeluarga, kewujudan anak dan suami di rumah bukan penghalang untuk bekerja secara produktif dari rumah. Sesetengah kaum ibu merasa bahagia bila mampu menguruskan anak di samping menyiapkan tugasan harian kerja pejabat.

Antara kebaikan lain juga adalah mampu meminimakan bajet bagi peruntukan kos pengangkutan, kos makan tengahari dan sebagainya. Pemakaian kasual dari rumah juga boleh memberi impak yang positif bagi sesetengah wanita. Antara kebaikan lain juga adalah konsep WFH mampu mengurangkan tahap stress bekerja bagi sesetengah wanita.

Ianya mampu memberi kelonggaran kepada mereka untuk melakukan kerja di mana jua dengan masa yang lebih fleksibel. Bagi pihak majikan pula, bilangan pekerja yang memohon cuti sakit atau kecemasan juga bakal berkurang terutamanya kaum ibu yang sering kali menghadapi situasi tidak dijangka seperti anak sakit dan sebagainya. Lebih menarik lagi, konsep WFH juga membantu untuk mengurangkan isu kontrovesi dan politik pejabat yang sering berlaku antara rakan sekerja. Justeru, saranan kepada pihak kerajaan juga pihak syarikat swasta untuk mempertimbangkan pilihan berkerja jarak jauh kepada para perkerja bagi meminimakan risiko kehilangan peluang pekerjaan.

Pautan:

Bloom, N. 2020. How working from home works out. Dicapai dari: https://siepr.stanford.edu/research/publications/how-working-home-works-out

Purohit, A. 2017. 10 Benefits of working from home for women and making it a success. Women Empowerment. Dicapai dari: https://ayoti.in/blog/10-benefits-of-working-from-home-for-women-and-making-it-a-success/

Wahidatul Husna Zuldin
Ketua Wanita ISMA KK
Universiti Malaysia Sabah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button