Berita Utama

Kes roboh Masjid Babri di India, semua 32 tertuduh dibebaskan

Keputusan kes itu dibuat hampir 28 tahun selepas masjid dirobohkan

NEW DELHI, 12 Safar 1442H, Rabu – Mahkamah khas di India pada Rabu membebaskan semua 32 tertuduh dalam kes merobohkan Masjid Babri, lapor Agensi Anadolu.

Keputusan kes itu dibuat hampir 28 tahun selepas masjid itu dirobohkan dalam satu rusuhan besar-besaran di bandar Ayodhya, utara India.

Hakim SK Yadav, pada hari terakhir tugasnya, memutuskan kes itu tidak mempunyai bukti kukuh dan insiden perobohan masjid berkenaan tidak dirancang.

Masjid Babri dibina oleh Mir Baqi, seorang pegawai pada era Maharaja Babur pada tahun 1526. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button