Berita Utama

Kontrak 2 tahun Datuk Bandar KL, Presiden PPj tamat hari ini

KWP segerakan lantikan baharu, pembaharuan kontrak ikut prosedur

BANGI, 12 Safar 1442H, Rabu – Tempoh kontrak Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr Aminuddin Hassim tamat pada hari ini.

Serentak itu, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan menyegerakan pelantikan baharu atau memperbaharui kontrak bagi jawatan berkenaan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan memperbaharui kontrak bagi kedua-dua jawatan itu bagaimanapun akan dibuat mengikut keperluan melalui prosedur tertentu.

“Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Presiden Perbadanan Putrajaya masing-masing tamat tempoh lantikan mereka (kontrak) hari ini.

“Mereka telah berkhidmat dengan cemerlang dan pelantikan baharu atau pembaharuan kontrak (jika ada) perlu melalui prosedur tertentu. Ia akan disegerakan,” katanya dalam satu ciapan di akaun Twitter, hari ini.

Terdahulu, Nor Hisham dan Aminuddin kedua-duanya dilantik ke jawatan masing-masing pada Oktober 2018.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button