Berita Utama

Lagi kluster baharu dikesan di Kedah

Kluster Tembok di Alor Setar dengan 3 kes positif

KUALA LUMPUR, 12 Safar 1442H, Rabu – Satu lagi kluster baharu COVID-19 dikesan di Kedah hari ini, iaitu Kluster Tembok di Alor Setar dengan tiga kes positif, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kes indeks kluster itu (kes ke-11,207) juga merupakan kes kematian ke-135, adalah seorang lelaki tempatan yang dikesan positif pada 28 Sept lepas.

Susulan itu, beliau berkata saringan kontak rapat dijalankan dan terdapat dua lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti.

“Dua kes positif ini melibatkan warganegara dan mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, untuk rawatan.

“Sehingga kini, seramai 169 individu telah disaring dengan tiga kes positif, manakala 166 individu masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan,hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button