Berita Utama

2 lagi rakyat kita positif di Singapura

Jumlah dijangkiti 5 orang, semua pemegang pas kerja

SINGAPURA, 13 Safar 1442H, Khamis – Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan bahawa dua daripada tiga kes di dalam komuniti yang diumumkan adalah rakyat Malaysia.

Menurutnya, seorang daripada mereka adalah lelaki berumur 23 tahun yang dikenal pasti sebagai kontak kes yang disahkan sebelum ini, dan telah dikuarantin.

“Dia diuji semasa menjalani kuarantin bagi menentukan statusnya walaupun tiada gejala penyakit dikesan (asymptomatic),” menurut kementerian itu dalam data penuh yang dikeluarkan di sini.

Seorang lagi adalah wanita rakyat Malaysia berumur 31 tahun, dan setakat ini tiada kaitan dengan kes berkenaan.

Menurut kementerian itu, kes berkenaan dikesan semasa pelaksanaan ujian komuniti yang ditingkatkan, khusus bagi menguji semua individu berumur 13 tahun dan ke atas yang didiagnosis dengan jangkitan pernafasan akut (ARI) semasa diperiksa kali pertama oleh doktor.

Kedua-dua kes itu menjadikan rakyat Malaysia yang dijangkiti di negara republik berkenaan minggu ini, kini berjumlah lima, dan kesemua mereka adalah pemegang pas kerja.

Singapura terdahulu dalam laporan awal semalam, mengesahkan tambahan 23 kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kes keseluruhan ini adalah 57,765.

Daripada 23 kes itu, empat adalah kes import manakala 16 melibatkan pekerja migran yang menghuni asrama. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button