Berita UtamaDunia

Negara haram Israel musnahkan kampung Palestin kali ke-186

Struktur penempatan diperbuat daripada plastik dan kayu

BAITULMAQDIS, 8 Ramadan 1442H, Selasa – Kekejaman negara penjajah Israel ke atas rakyat Palestin tiada penghujungnya, meskipun umat Islam ketika ini sedang menyambut bulan Ramadan.

Terbaharu, rejim pengganas Israel bertindak memusnahkan penempatan di kampung al-Araqeeb untuk kali ke-186 di wilayah selatan Negev, lapor Agensi Anadolu.

Jawatankuasa Pertahanan al-Araqeeb, Aziz al-Touri berkata, pemusnahan struktur itu adalah kali ke-11 sejak bermulanya wabak COVID-19.

Beliau turut mengesahkan bahawa penduduk kampung berhasrat untuk membina semula kediaman dan bangunan lain yang musnah secepat mungkin.

Struktur rumah di kampung al-Araqeeb yang diperbuat daripada kayu dan plastik dihuni oleh 22 keluarga Palestin.

Penempatan itu mula dimusnahkan pada tahun 2010 dan ia akan dibina semula setiap kali dimusnahkan.

Israel menganggap tanah di perkampungan berkenaan kononny adalah milik negara penjajah itu.

Malah, negara haram Israel juga berusaha merebut tanah dan mengusir penduduk kampung. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button