Berita Utama

Kakitangan positif COVID-19, sebuah tadika Kemas di Terengganu ditutup

Tempoh penutupan bergantung penilaian Jabatan Kesihatan Negeri

KUALA TERENGGANU, 13 Safar 1442H, Khamis – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Terengganu mengesahkan sebuah taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di Al Muktafi Billah Shah dekat Bukit Besi dekat sini, ditutup bermula hari ini, selepas seorang kakitangannya didapati positif COVID-19.

Pengarahnya, Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi berkata, penutupan premis itu adalah inisiatif pihaknya sendiri bagi mencegah penularan wabak itu.

Bagaimanapun, katanya, tempoh penutupan akan bergantung kepada penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kelak.

“Hari ini juga kontak rapat kepada kakitangan tersebut telah menjalani ujian saringan COVID-19 termasuk 20 kanak-kanak yang belajar di tabika itu.

“Sehubungan itu, kita berharap ibu bapa tidak panik kerana Kemas Terengganu telah mengambil semua langkah perlu seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Katanya, buat masa ini semua tabika Kemas yang lain di seluruh Terengganu beroperasi seperti biasa. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button