Berita UtamaDunia

Kes meningkat, Palestin catat 426 jangkitan baharu COVID-19

8 kematian dilaporkan, perintah berkurung waktu malam diteruskan

GAZA, 13 Safar 1442H, Khamis – Kementerian Kesihatan Palestin memberi amaran berlaku peningkatan kes COVID-19 di seluruh wilayah yang diduduki Israel.

Menterinya, Mai Al-Kailah mengesahkan 426 kes jangkitan COVID-19 baharu dan lapan kematian hari ini. 

Beliau mengumumkan bahawa 321 penduduk Palestin di Tebing Barat yang diduduki telah disahkan positif dan lima kematian dicatatkan dalam 24 jam terakhir.

Di Gaza, walaupun kemiskinan berleluasa dan kekurangan infrastruktur, 37 jangkitan baru telah disahkan, sementara 68 orang dijangkiti wabak itu – termasuk tiga kematian di Baitulmaqdis Timur.

Pihak berkuasa telah melaksanakan perintah berkurung penuh atau sebahagian di seluruh Semenanjung Gaza sejak 24 Ogos, berikutan diagnosis kes pertama COVID-19 di kalangan penduduk.

Perintah berkurung itu dikurangkan sebahagiannya tetapi sekolah, masjid, dan kemudahan awam yang lain tetap ditutup. Perintah berkurung setiap malam juga masih dilaksanakan.

Dalam satu kenyataan media, Al-Kailah mengenal pasti lima daripada lapan kematian yang disahkan iaitu 3 lelaki dan 2 wanita. 

Mereka dari timur laut Hebron, bandar Hebron, Bethlehem, Qalqilya dan Ramallah. Tiga lagi berasal dari Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Setakat ini dilaporkan, 696 pesakit COVID-19 telah sembuh di wilayah yang dijajah, termasuk 319 kes sembuh di Baitulmaqdis dalam dua hari terakhir. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button