Berita Utama

Lantik wakil Cina hanya beri isyarat pemimpin GRS kurang bijak

MCA patut sedar kaum Cina telah tolak mereka, sama seperti PRU-14

BANGI, 13 Safar 1442H, Khamis – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepatutnya menyahut cabaran dengan membuktikan pemimpin Bumiputera adalah lebih berwibawa dan tahu mengurus hak serta kebajikan semua rakyat Sabah termasuk kaum Cina.

“Tiada istimewanya melantik wakil Cina – hanya seolah-olah memberi isyarat kepada rakyat bahawa pemimpin Bumiputera kurang bijak.

“Bahkan hanya dilihat pemimpin GRS seperti tidak pandai mengurus kepelbagaian kaum – kononnya masih perlukan mereka,” kata pemerhati politik, Ibrahim Hassan al-Hafiz.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan GRS – yang memaklumkan akan berbincang mengenai ketiadaan wakil masyarakat Cina dalam Kabinet baharu Sabah dalam kalangan pemimpin Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, isu itu adalah antara pertimbangan yang akan diambil kira dalam pelantikan lima lagi jawatan menteri, selain jawatan pembantu menteri bagi melengkapkan barisan Kabinet negeri.

Ibrahim mengingatkan GRS supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama seperti dilakukan Perikatan Nasional di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Bahkan, MCA patut sedar hakikat bahawa kaum Cina telah menolak mereka untuk mewakili kaum Cina sebagaimana telah ditolak dalam PRU-14, katanya.

“Namun PN telah melakukan kesilapan besar apabila meletakkan calon MCA di Tanjung Piai yang akhirnya menolak usaha memperkenalkan Jawi di sekolah vernakular.

“Ini ibarat melepaskan anjing yang tersepit. Selepas diberi peluang, dia pula memakan tuan. GRS jangan ulangi kesilapan yang sama,” katanya.

Pada PRN lalu, GRS meletakkan calon BN daripada MCA, calon PN daripada SAPP dan calon Cina daripada PBS di kerusi majoriti Cina, namun semuanya kalah dengan Warisan dan rakan sekutunya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button