Berita Utama

Pengubahan wang haram: SPRM panggil suami isteri bergelar artis

Beberapa lagi selebriti akan dipanggil bantu siasatan

KUALA LUMPUR, 13 Safar 1442H, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memanggil sepasang suami isteri bergelar artis memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.

Menurut sumber, suami isteri berkenaan dipanggil memberi keterangan kira-kira 4 pagi tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Difahamkan seorang daripada mereka telah selesai memberi keterangan manakala seorang lagi masih diambil keterangan oleh SPRM.

Menurut sumber itu SPRM akan memanggil beberapa lagi selebriti untuk membantu siasatan kes berkenaan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button