Sheikh Nawaf angkat sumpah Emir baharu Kuwait
Pernah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri

KUWAIT, 13 Safar 1442H, Khamis – Sheikh Nawaf al-Ahmad al-Sabah mengangkat sumpah sebagai Emir baharu Kuwait, susulan kemangkatan Sheikh Sabah al-Ahmad al-Jaber al-Sabah pada usia 91, di Amerika Syarikat.
Pemimpin baharu Kuwait, Putera Mahkota, Sheikh Nawaf, mengangkat sumpah jam 8 pagi waktu tempatan dalam sesi Majlis Nasional.
Sheikh Nawaf, yang telah memegang jawatan tinggi selama beberapa dekad, mengambil alih pentadbiran ketika Kuwait menghadapi kesan krisis COVID-19- sehingga menyebabkan penurunan harga minyak secara mendadak dan memberi impak ekonomi yang teruk bagi negara-negara Teluk.
Sheikh Nawaf – negarawan yang dinobatkan sebagai pewaris Sheikh Sabah pada tahun 2006, pernah berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri dari 1978 hingga 1988 dan kemudian dilantik sebagai Menteri Pertahanan.
Pada 16 Oktober 2003, dekri diraja dikeluarkan menamakan Sheikh Nawaf sebagai Timbalan Perdana Menteri I dan Menteri Dalam Negeri.
Pada 7 Februari 2006, beliau dinobatkan sebagai Putera Mahkota.
Pemimpin baharu itu terkenal dalam keluarga al-Sabah yang berkuasa dan dilaporkan telah menjadi pilihan konsensus untuk penguasa.
Beliau juga memiliki reputasi kerana sikap sopan-santun dan merendah diri. – Agensi