Berita UtamaDunia

Ucapan Duta AS dedah pembohongan normalisasi negara Arab

Justifikasi palsu 'mereka' untuk berdamai dengan Israel: Hamas

TEBING BARAT, 13 Safar 1442H, Khamis – Kenyataan Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Israel, David Friedman – kononnya rancangan aneksasi di Tebing Barat yang diduduki ‘ditangguh bukan dibatalkan’ mendedahkan pembohongan negara-negara Arab yang menormalkan hubungan dengan negara penjajah itu.

Dalam satu kenyataan semalam, jurucakap Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) berkata, Abdel Latif Al-Qanoa berkata, beberapa rejim Arab memanipulasi pandangan umum negara itu bagi menormalkan hubungan dengan penjajahan Israel.

“Pengesahan Duta Besar AS ke Israel, David Freidman bahawa rancangan aneksasi Israel ditangguhkan mengesahkan pembohongan yang diberitahu oleh beberapa rejim Arab yang berusaha untuk menormalkan hubungan dengan penjajahan Israel.

“Ucapan ini mendedahkan justifikasi palsu negara-negara Arab yang menandatangani perjanjian normalisasi dengan penjajahan Israel,” katanya.

Ucapan Hamas itu selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) mmenandatangani perjanjian normalisasi dengan Israel awal bulan lalu dengan mengatakan bahawa kesepakatan itu kononya dalam usaha menghentikan rancangan aneksasi Tel Aviv terhadap Tebing Barat yang diduduki.

Terdahulu, Friedman berkata, rancangan aneksasi Israel sekitar 30 peratus Tebing Barat dan Lembah Jordan yang diduduki ditangguhkan sekurang-kurangnya satu tahun – mungkin lebih lama – tetapi menegaskan bahawa ia tidak dibatalkan.

“Kata-kata yang kami pilih adalah menangguhkan deklarasi kedaulatan. Ini bermaksud sementara. Mungkin memerlukan satu atau dua tahun atau lebih sebelum kita kembali kepada isu itu.

“Kami sudah menyatakan dengan jelas bahawa isu berkenaan telah ditunda – tidak bererti dibatalkan,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button