Berita Utama
Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia
Datuk Liew Vui Keong meninggal akibat jangkitan paru-paru

SANDAKAN, 14 Safar 1442H, Jumaat – Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Liew Vui Keong meninggal dunia pagi tadi dipercayai akibat jangkitan paru-paru.
Menurut sumber daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) ketika mengesahkan perkara itu, mendiang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu kita-kira 11.50 pagi.
Difahamkan keluarga mendiang belum bersedia untuk membuat kenyataan.
Liew, 60, yang berasal dari Kota Belud, dipilih sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu dan pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta merupakan Pengerusi Tetap Warisan
Mendiang meninggalkan isteri Datin Dr Lindai Lee dan empat anak. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.