Berita Utama

BERJASA tangguh perasmian pejabat cawangan Negeri Sembilan

Ambil langkah keselamatan ekoran peningkatan kes harian COVID-19

BANGI, 14 Safar 1442H, Jumaat – Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) menangguhkan majlis perasmian pejabatnya di Negeri Sembilan, yang dijadualkan pada Ahad ini.

Dalam satu kenyataan, BERJASA Negeri Sembilan memaklumkan bahawa penangguhan itu adalah sebagai langkah keselamatan, berikutan peningkatan kes COVID-19.

Majlis pembukaan pejabat di Taman Sri Pulai, Seremban itu sepatutnya dirasmikan oleh Presiden BERJASA, Datuk Dr Ir Ts Badhrulhisham Abd Aziz.

“Sebagai tindakan keselamatan berikutan peningkatan kes COVID-19, dimaklumkan bahawa majlis yang dijadualkan pada 4 Oktober 2020 ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diputuskan kemudian,” katanya.

Setakat semalam, Malaysia merekodkan 260 kes baharu COVID-19, yang dilaporkan kes harian kedua tertinggi pernah dicatatkan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 259 kes penularan tempatan dilaporkan, dengan 118 kes di Sabah, Kedah (98 kes), Kuala Lumpur (13 kes), Selangor (13 kes), Johor (lima kes), Putrajaya (lima kes), Terengganu (dua kes), Perlis (dua kes), Melaka, Pahang dan Pulau Pinang masing-masing dengan satu kes.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button