Berita UtamaDunia

COVID-19: 6 daripada 8 kes kematian berlaku di Tebing Barat

Palestin catat 521 kes baharu, 881 pulih dalam tempoh 24 jam

RAMALLAH, 14 Safar 1442H, Jumaat – Seramai lapan orang maut manakala 521 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Palestin dalam tempoh 24 jam.

Menteri Kesihatan, Mai Alkaila berkata, 881 orang direkodkan pulih pada tempoh sama.

Dalam taklimat harian pandemik itu, beliau berkata, enam daripada lapan kes kematian berlaku di Tebing Barat, di mana salah satu mangsa berusia 33 tahun, sementara yang lain berusia lebih dari 60 tahun.

Katanya, dua kematian lagi masing-masing dilaporkan di Baitulmaqdis Timur dan Semenanjung Gaza.

Sementara itu, sebanyak 105 kes baharu dicatatkan di Hebron, 98 di Baitulmaqdis Timur dan 127 di Semenanjung Gaza.

Kes pulih pula direkodkan sebanyak 148 di Hebron, 182 di Bethlehem, 191 di Ramallah manakala 47 lagi di Baitulmaqdis.

Mai berkata, kadar pemulihan adalah sebanyak 82.5 peratus, kes aktif pula 16.8 peratus dan 0.7 peratus bagi kes kematian.

Selain itu, seramai 32 pesakit masih dalam rawatan intensif dan daripada jumlah itu, 15 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button