Berita Utama

EXCO Kedah positif COVID-19

Berjangkit daripada pembantu peribadi pulang daripada Sabah

ALOR SETAR, 14 Safar 1442H, Jumaat – Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah, Azman Nasrudin disahkan positif COVID-19, lapor The Star.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Juhari Bulat berkata, beliau dijangkiti virus itu daripada pembantu peribadinya.

Azman yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Keusahawanan Pertanian dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat sudah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk rawatan mulai semalam.

“Difahamkan, Azman kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah. Saya juga diberitahu bahawa isterinya dan keluarga pembantu peribadinya semuanya positif, dan telah dimasukkan ke hospital,” katanya.

Semalam, sebuah sekolah di Penaga, Pulau Pinang diperintahkan untuk ditutup sehingga 8 Oktober, setelah salah seorang gurunya positif COVID-19.

Dipercayai bahawa guru berkenaan adalah isteri Azman yang dijangkiti virus itu daripada pembantu peribadinya dalam tempoh kempen PRN Sabah.

Sebelum ini, umum mengetahui bahawa terdapat seorang guru yang berusia 40-an dan tinggal di Sungai Petani, Kedah, tidak sihat sejurus kembali dari Sabah selepas hari mengundi pada 26 September dan kemudian pergi ke hospital, di mana dia didapati positif.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button