Berita Utama
JPM nafi ada perutusan khas Perdana Menteri petang ini
'Hentikan sebar berita palsu boleh cetuskan kebimbangan masyarakat'

KUALA LUMPUR, 14 Safar 1442H, Jumaat – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khas pada pukul 4 petang ini.
Menerusi laman Facebook rasmi JPM, jabatan itu memaklumkan hal itu dalam kenyataan berikut:
“Tiada perutusan daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti yang tular di media sosial sebelum ini.
“Hentikan menyebarkan berita-berita palsu yang boleh mencetuskan kebimbangan masyarakat”.
Berita palsu tersebut sedang tular di media sosial. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.