Berita Utama

Jumlah mangsa banjir di Rantau berkurangan kepada 33 orang

Mereka dari Kampung Sega Hilir, Kampung Pasir, Kampung Siliau

SEREMBAN, 14 Safar 1442H, Jumaat – Jumlah mangsa banjir di Rantau yang masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 pagi kini tinggal 33 orang daripada 11 keluarga, berbanding 50 orang petang semalam.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Seremban dalam kenyataan di sini menyatakan, kesemua mangsa dari tiga kampung iaitu Kampung Sega Hilir, Kampung Pasir dan Kampung Siliau itu, masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sega Hilir.

“Selebihnya mangsa yang lain telah pulang ke rumah saudara mara petang semalam.

“Setakat 7 pagi ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah membuat rondaan di kesemua kediaman yang dilanda banjir, dan mendapati keadaan adalah baik dan terkawal, serta air telah surut sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

Semalam, seramai 50 mangsa dipindahkan ke PPS SK Sega Hilir selepas kediaman dinaiki air setinggi 1.21 meter berikutan limpahan air Sungai Linggi ekoran hujan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button