Berita Utama

COVID-19: 9,890 kes baharu hari ini, kumulatif kes 2,313,727

Sarawak kekal negeri tertinggi dengan 1,413 kes

KUALA LUMPUR, 30 Safar 1443H, Khamis – Kes baharu COVID-19 dalam negara meningkat sedikit dengan 9,890 kes direkodkan setakat tengahari hari ini, berbanding 9,380 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini 2,313,727.

Beliau berkata, Sarawak kekal sebagai negeri tertinggi dengan sebanyak 1,413 kes diikuti Selangor (1,402), Kelantan (1,032), Johor (993), Sabah (820), Perak (794), Pulau Pinang (721) dan Terengganu (699).

Pahang pula mencatatkan 564 kes, Kedah (503), Melaka (260), Kuala Lumpur (250), Perlis (200), Negeri Sembilan (180), Putrajaya (59) manakala tiada kes di Labuan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, penggunaan katil COVID-19 setakat 5 petang, semalam ialah 55 peratus bagi katil unit rawatan rapi (ICU) dan 50 peratus katil bukan ICU. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button