Pendapat

Pihak rasis cauvinis yang angkuh, tamakkan jawatan politik

Pengaruh Dong Zong, Hua Zong kini sudah memasuki batas politik

DI saat keadaan kes COVID-19 dalam dan dari Sabah semakin meningkat, puak-puak politikus Cina cauvinis masih lagi haloba jawatan Kabinet kerajaan Sabah!

Ini bukan lagi sikap tidak malu tapi satu keangkuhan yang tiada tolok banding! Bagi Dong Zong dan Hua Zong, gesaan ini bukan satu tindakan yang mengaibkan malah menjadi satu seakan-akan “Fardhu ‘Ain” bagi mereka.

Bagaimana pulak parti-parti politik rasis cauvinis DAP dan MCA?

Mereka akan main “game” lain tapi objektifnya tetap sama – untuk kepentingan politik mereka juga. Ada soft sell dan juga hard sell, cara lunak, garang, pujuk, ancam semuanya gimik-gimik lazim dalam dunia pemasaran dan pengiklanan yang diterapkan ke dalam medan perjuangan politik mereka.

Tuntutan Dong Zong dan Hua Zong di atas merupakan satu testimoni bahawa dalam apa cara jua, mereka mesti akan mendapat apa yang dihajati. Walaupun pada pandangan kasar mereka seolah-olah lebih fokus kepada isu-isu pendidikan, isu-isu politik juga merupakan salah satu perantara yang akan dapat memastikan agenda mereka tetap selamat dan terpelihara.

Untuk tujuan tersebut, parti-parti politik rasis cauvinis yang menjadi sekutu rapat mereka pula akan memainkan peranan masing-masing. Peranan ini turut dimainkan oleh golongan korporat, kapitalis dan pemodal-pemodal Cina juga disebabkan mereka juga merupakan pemegang-pemegang pertaruhan yang akan terjejas kepentingan mereka sekiranya tidak ada jaminan keselamatan dari segi politik untuk survival mereka.

Agenda ini pernah diungkapkan oleh Tan Sri Koh Tsu Koon dari parti Gerakan (satu parti yang lahir dari tubuh MCA juga) pada tahun 2017. Cuma beliau tidak memasukkan faktor kapitalis, korporat dan pemodal-pemodal ini di dalam status beliau. Bagaimanapun, faktor ini sangat ketara apabila parti DAP berkuasa di Pulau Pinang hinggakan nama parti itu lebih dikenali sebagai Developers Action Party!

Nota: Pendedahan Tan Sri Koh Tsu Koon boleh diikuti dicapaian berikut: https://www.facebook.com/kohtsukoon.my/posts/1716304741717828 manakala ulasan saya tentang status beliau (dikemaskini) boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/mohd.luttfi/posts/2830909346933057.

Pembaca disarankan membaca status Tan Sri Koh Tsu Koon di atas kerana pendedahan beliau sangat membantu untuk memahami agenda perjuangan penggerak-penggerak pendidikan Cina dan sekolah-sekolah vernakular mereka, tentang bagaimana kepentingan-kepentingan ini berkait rapat dengan parti-parti politik dan dunia korporat dan kapitalis mereka.

Bagaimanapun, melihat kepada gesaan dan permintaan dari Dong Zong dan Hua Zong supaya Ketua Menteri Sabah melantik seorang wakil Cina ke dalam Kabinet negeri Sabah meskipun calon-calon pilihan mereka telah kalah dalam pilihan raya, jelaslah bahawa agenda perjuangan kedua-dua gerakan pendidikan Cina di negara ini tidak terbatas kepada isu-isu pendidikan, bahasa dan kebudayaan Cina sahaja. Mereka sudah memasuki wilayah politik pula sekarang.

Parti rasis cauvinis DAP pun tidak bersuara sedikit pun. Bukan susah untuk menjawab kenapa DAP, MCA dan Gerakan tidak membantah atau mengkritik gesaan dari Dong Zong dan Hua Zong ini.

Seperti biasa, parti-parti politik Melayu/Islam lebih leka dengan medan perebutan kuasa daripada berganding bahu untuk melawan keserakahan dan nafsu politik pihak-pihak rasis cauvinis ini. Dalam banyak kes, parti-parti politik Melayu/Islam tidak berani memberi kata putus atau “pengajaran” kepada gesaan-gesaan melampau ini.

UMNO dan PAS, sebagai dua buah parti terbesar yang kononnya mewakili kepentingan/suara bangsa dan umat seakan-akan telah “lumpuh serta-merta” bila berhadapan dengan gesaan, teriakan, “ancaman” dan pendirian-pendirian kumpulan-kumpulan pendesak yang rasis dan cauvinis ini. Kita saksikan bahawa kedua-dua parti di atas semakin hari semakin tidak berupaya untuk melawan atau bersikap tegas terhadap isu ini.

Paling minima, mereka akan melontarkan bantahan-bantahan yang bersifat “dayus” dan sekadar penyedap telinga sahaja. Paling teruk, mereka akan cuba memberi alasan, justifikasi dan bahkan dalam sesetengah kes, akan menyokong pula desakan-desakan tersebut atas alasan menjaga hati, bersifat rahmah dan tidak mahu dianggap sebagai menzalimi “hak-hak” bukan-Islam.

Ini terbukti ketika mereka meletakkan calon-calon bukan Melayu untuk bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu. Sifir yang sama akan diulang lagi di dalam PRU-15. Percayalah!

Lebih memalukan lagi, kita pernah terdengar seorang pemimpin tertinggi parti sebuah parti politik Melayu/Islam yang dengan senyum simpul menyebut bahawa beliau perlu meminta izin daripada pemimpin DAP terlebih dahulu sebelum mengkritik parti rasis cauvinis tersebut.

Inilah realiti yang sedang berlaku di hadapan mata kita mengenai parti-parti Melayu/Islam yang sepatutnya memperjuangkan kepentingan umat dan bangsa dengan tegas tanpa berkompromi, menggadaikan prinsip atau mengkhianati mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh umat dan bangsa melalui peti-peti undi.

Malangnya puak-puak ini adalah spesis yang tidak bersyukur dengan “nikmat” kuasa yang sangat sementara itu, yang dianugerahkan kepada mereka melalui perantaraan jari-jari yang mengundi dan memilih mereka. Para pengundi hanyalah individu-individu yang “jahil” dan senang “dicandukan” untuk menghantar mereka ke puncak-puncak kuasa!

Maka sudah tidak menghairankan lagi kepada kita bila membaca laporan berita yang menyebut bahawa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta maaf kerana mengadakan pilihan raya negeri di tengah-tengah ancaman besar COVID-19 di negara kita.

“Saya sedar dan tahu pada hari ini kita berhadapan dengan pilihan raya ke-16 di Sabah dan dalam kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Sabah kerana berdepan pilihan raya dalam keadaan COVID-19.

“Keadaan ini juga memungkinkan kita berkempen bahkan juga mendampingi pengundi yang ada di setiap kawasan DUN dalam keadaan COVID-19 dan kemungkinan kita terjangkit dengan penyakit ini…”

Tahniah Datuk Seri, rakyat Malaysia semakin ramai yang dijangkiti COVID-19 selepas pilihan raya negeri Sabah!

Kalimat “minta maaf” ini patut di”haram”kan dari lidah semua pemimpin politik di negara ini. Sebaliknya mereka perlu bertanggungjawab melalui tindakan-tindakan susulan. Kita sudah terlalu muak dan hanya mampu menahan kemarahan (berulangkali) apabila kalimat ini dikeluarkan setiap kali agama, umat dan bangsa dipermainkan.

Semua parti yang terlibat dalam pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini (termasuk setiap rakan sekutu masing-masing) perlu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, bukan kepada rakyat Sabah sahaja. Ini kerana keserakahan, gila/mabuk kuasa dan nafsu politik kamu yang membuak-buak itu telah menyebabkan lebih banyak kes COVID-19 merebak ke negeri-negeri lain dalam kecepatan luar biasa.

Adakah kamu semua akan mengaku bertanggungjawab?

Bertambahnya bilangan dan kes-kes COVID-19 di negeri-negeri lain pasca pilihan raya negeri Sabah adalah “habuan” sebenar yang rakyat Malaysia terpaksa lalui dengan harga pengorbanan yang sangat besar untuk menanganinya. Mengapa tidak memikirkan tentang keselamatan dan kesihatan rakyat Sabah dan Sarawak serta rakyat Malaysia umumnya sebelum kamu semua terhegeh-hegeh masuk bertanding di dalam gelanggang perebutan kuasa ini?

Adakah puak-puak pendesak rasis cauvinis dari kalangan penggerak-penggerak pendidikan Cina, parti-parti politik, konglomerat, para kapitalis dan pendana politik dan pemimpin politik mereka pedulikan tentang kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan rakyat Sabah khususnya dan Malaysia umumnya?

Tidak, mereka masih mendesak supaya seorang wakil Cina dilantik ke kabinet negeri Sabah.

So disgusting!

Pengerusi Ikatan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (iPeguam)
Mohd Luttfi Abd Khalid

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button