Berita Utama

Semua sekolah di Sabah diarah tutup?

Ia susulan kematian seorang guru lelaki di negeri itu

BANGI, 14 Safar 1442H, Jumaat – Semua sekolah di Sabah berkemungkinan besar ditutup selama dua minggu, susulan daripada kematian seorang guru hari ini, menurut sumber seperti dipetik Star Online.

Bagaimanapun, usaha sedang dilakukan bagi mendapatkan pengesahan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Dr Mistrine Radin berkata, maklumat terperinci berkenaan guru yang dilaporkan meninggal dunia itu terpaksa dirahsiakan.

Beliau mengesahkan, guru lelaki berkenaan meninggal dunia akibat daripada wabak COVID-19, namun maklumat lanjut tidak boleh didedahkan.

Katanya lagi, sebanyak 50 buah sekolah di daerah terbabit diarahkan tutup susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Oktober depan.

Hasil semakan di Hospital Semporna mengesahkan, kes kematian seorang guru di sana.

Semporna merupakan satu daripada empat kawasan zon merah yang kini berada di bawah PKP.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button