Berita Utama

317 kes, 3 kluster baharu hari ini

37 kes adalah pengunjung yang pulang dari Sabah

PUTRAJAYA, 15 Safar 1442H, Sabtu – Sebanyak 317 kes baharu COVID-19, yang melibatkan penularan dalam negara dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan ia jumlah kes harian tertinggi direkodkan Malaysia selepas semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, satu kematian akibat COVID-19 di Tawau, Sabah turut dilaporkan, selain tiga kluster baharu iaitu dua kluster – Kluster Bah Lunas dan Kluster Bah Rose – di Kedah dan satu Kluster Jelok di Selangor.

Beliau berkata, kesemua kes baharu itu melibatkan 303 kes warganegara dan 14 bukan warganegara, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia kini 12,088 kes.

‚ÄúDaripada 317 kes, sebanyak 37 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September adalah 176 kes,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19, di sini hari ini.

Jumlah kumulatif kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia kini adalah 137 kes.

Katanya kes kematian ke-137 (iaitu kes ke-10939) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button