Dunia

Dua pertiga rakyat Austria tolak vaksin COVID-19: Kaji selidik

Satu pertiga responden yakin negara mampu tangani pandemik

VIENNA, 15 Safar 1442H, Sabtu – Dua pertiga rakyat Austria tidak akan mengambil vaksin coronavirus sekiranya sudah berada di pasaran nanti, menurut tinjauan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Kaji selidik yang dikeluarkan oleh sebuah agensi pemasaran terkemuka Alpine, P8 mendapati hanya 16 peratus sahaja daripada 1,200 orang yang mengambil bahagian akan menerima vaksin itu, sementara 16 peratus lagi belum membuat keputusan. 

Berdasarkan tinjauan atas talian yang dilakukan antara 28 September dan 1 Oktober itu, sembilan daripada 10 responden menolak untuk mengambil vaksin berkenaan. 

Tinjauan itu turut mendapati wujud suasana negatif dalam menangani penularan wabak COVID-19 di Austria. 

“Sepertiga responden yakin bahawa negara mereka akan bertahan dengan krisis itu, sepertiga lagi tidak yakin dan selebihnya tidak percaya akan berakhir dengan baik,” katanya. 

Ketika dunia sedang berusaha mengawal penularan pandemik itu, negara-negara seluruh dunia – antaranya anggota Kesatuan Eropah (EU), China, Russia, United Kingdom dan Amerika Syarikat – berlumba menghasilkan vaksin. 

30 September lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, terdapat 192 vaksin COVID-19 cuba dihasilkan di seluruh dunia, dan 41 daripadanya kini dalam ujian klinikal. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button