Pendapat

Pemimpin jangan susahkan rakyat

Akibat kerakusan kuasa, rakyat ditimpa musibah

1. Ada di kalangan kita yang merungut tentang perebutan kuasa membabitkan pemimpin sehingga menyebabkan kesusahan dialami oleh rakyat. Akibat kerakusan kuasa, rakyat ditimpa musibah

2. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim, Rasulullah pernah mendoakan buat setiap pemimpin yang memudahkan urusan umat ini agar diberikan kemudahan oleh Allah. Manakala pemimpin yang menyusahkan urusan umat ini, maka Rasulullah mendoakan kesusahan buat mereka.

3. Bayangkan sekiranya Rasulullah sendiri mendoakan kesusahan buat umatnya? Doa ini tidak lain adalah bagi menunjukkan satu ancaman yang sangat keras ke atas pemimpin umat ini yang menyusahkan rakyat mereka. Dengan sebab itu al-Imam al-Nawawi menjelaskan:

هَذَا مِنْ أَبْلَغِ الزَّوَاجِرِ عَنِ الْمَشَقَّةِ عَلَى النَّاس

“Doa ini adalah sekeras-keras ancaman yang diberikan oleh Rasulullah buat pemimpin yang menyusahkan manusia.” (Sharh al-Nawawi ‘Ala Muslim)

4. Al-Imam al-San’ani pula menegaskan bahawa memudahkan urusan rakyat itu adalah satu perintah yang wajib yang mesti dilaksanakan oleh setiap pemimpin. Kata al-San’ani:

وَالْحَدِيثُ دَلِيلٌ عَلَى أَنَّهُ يَجِبُ عَلَى الْوَالِي تَيْسِيرُ الْأُمُورِ عَلَى مَنْ وَلِيَهُمْ وَالرِّفْقُ بِهِمْ وَمُعَامَلَتُهُمْ بِالْعَفْوِ وَالصَّفْحِ

“Dan hadis ini menunjukkan dalil tentang kewajipan buat para pemimpin agar memudahkan urusan rakyat mereka dan berlaku lembut dengan mereka serta berurusan dengan mereka dengan kemaafan dan berlapang dada.

5. Perbahasan lanjut berhubung hadis-hadis politik turut pernah dimuatkan dalam buku “40 Hadis Tentang Politik dan Kepimpinan.” Bagi yang berminat, boleh dapatkannya melalui link di bawah:

https://bit.ly/2XRZuIi  atau boleh juga menghubungi nombor dibawah untuk pembelian:

http://wasap.my/601171271927/OrderBuku40Hadis

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button