Berita Utama

Presiden iGuru dilantik anggotai jawatankuasa Kongres

'Terima kasih beri peluang kepada iGuru berjuang di wadah Kongres'

BANGI, 15 Safar 1442H, Sabtu – Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Ustaz Mohd Azizee Hasan dilantik menganggotai Jawatankuasa Kongres Guru Dalam Perkhidmatan Malaysia (Kongres).

Pelantikan itu dibuat melalui usul yang diluluskan secara sebulat suara dalam Persidangan Dwi Tahunan Kongres Kali Ke-19, di Kuala Terengganu hari ini.

Ustaz Mohd Azizee dalam satu kenyataan berkata, pelantikan keanggotaan dalam jawatankuasa itu adalah berikutan kelantangan iGuru membawa suara guru di media sosial dan media cetak.

“Terima kasih kepada Cikgu Jasni Md Kechik dilantik sebagai Pengerusi Kongres serta memberi peluang iGuru untuk berjuang di wadah Kongres.

“Alhamdulillah, iGuru telah menghantar dua wakil untuk menyertai persidangan kali ini yang disajikan dengan slot bersama Prof Datuk Dr Teo Kok Seong yang menghuraikan permartabatan bahasa Melayu,” katanya.

Persidangan Kongres kali ini turut dihadiri tujuh kesatuan mewakili suara guru, yang bernaung di bawah Kongres, termasuk Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat.

iGuru antara NGO yang lantang dalam isu pendidikan nasional, termasuk hal-hal kebajikan berkaitan guru dan murid.

Ditubuhkan sejak Januari 2013, iGuru komited memperjuangkan agenda memperkasa pendidikan berteraskan Islam serta mengangkat martabat profesion perguruan dan mendidik masyarakat mengamalkan Islam dalam kehidupan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button