Berita UtamaDunia

70 pembuat filem Palestin berang panggung wayang UAE, Israel jalin kerjasama

Normalisasi hubungan akan tingkatkan penindasan Israel terhadap Palestin: Hamas

BAITULMAQDIS, 16 Safar 1442H, Ahad – Lebih 70 pembuat filem Palestin dan negara-negara Arab menandatangani petisyen mengecam perjanjian kerjasama antara panggung wayang di Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) – yang didakwa sebagai satu pengkhianatan. 

Minggu lalu, Suruhanjaya Filem Abu Dhabi (ADFC) UAE dan dua syarikat filem yang disokong Tel Aviv – Israel Film Fund (IFF) dan Jerusalem Sam Spiegel Film and Television School (JSFS) – mengumumkan mereka merancang untuk bekerjasama dalam siri inisiatif.

Kerjasama itu meliputi isu pendidikan, penerbitan filem bersama, projek televisyen, dan festival filem serantau.

Pengumuman dibuat selepas kesepakatan normalisasi yang dilakukan oleh UAE dan Bahrain yang ditandatangani dengan negara penjajah Israel di Washington bulan lalu.  

Tindakan ini dicemuh oleh kepimpinan Palestin dan tokoh Arab lain sebagai pengkhianatan terang-terangan terhadap perjuangan Palestin

Dalam petisyen yang disiarkan oleh agensi berita rasmi Wafa Palestin, semalam, pembuat filem Arab mendakwa ‘terkejut’ apabila ADFC bersetuju untuk bekerjasama dengan syarikat filem Israel, memandangkan rakyat Palestin ditindas sejak puluhan tahun.

“Kami pembuat filem Palestin sangat terkesan penjajahan dan penaklukan rejim Zionis. 

“Pengeluaran filem bergantung pada pembiayaan dan sokongan asing yang membolehkan kami mengekspresi dan menulis kisah serta berkongsi kehidupan harian.  

“Kami dapat mengatasi halangan realiti kolonial dengan mempersembahkan karya sinematik yang berharga,” katanya.

Serentak itu, mereka menggesa profesional filem Arab yang lain untuk menolak sebarang kerjasama dengan ADFC dan rejim Tel Aviv.

Ketua Biro Politik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniyeh sebelumnya mengingatkan bahawa usaha normalisasi oleh beberapa negara Arab akan meningkatkan tindakan pencerobohan Israel terhadap negara Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button