Berita Utama

8 lelaki ditahan memandu di bawah pengaruh alkohol

54 saman turut dikeluarkan ke atas pengguna jalan raya lain

KUALA LUMPUR, 16 Safar 1442H, Ahad – Lapan lelaki ditahan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan dalam Op Mabuk di beberapa buah lokasi di Petaling Jaya, yang berakhir awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kesemua suspek ditahan berumur antara 23 hingga 57 tahun dalam operasi yang bermula Jumaat lepas.

“Polis turut mengeluarkan 54 saman terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi itu, dan 22 daripadanya atas kesalahan memandu atau menunggang tanpa lesen.

“Mereka yang disaman atas kesalahan memandu atau menunggang tanpa lesen diminta hadir ke mahkamah mengikut tarikh perbicaraan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nik Ezanee berkata, seramai 828 pengguna jalan raya dan 72 kenderaan diperiksa dalam operasi yang bermula jam 11 malam hingga 3 pagi, setiap hari. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button