Berita UtamaDunia

Sudan, Oman tangguh normalisasi dengan Israel

Pemimpin Sudan tak peduli kecaman pihak bantah hubungan dengan Israel

TEL AVIV, 16 Safar 1442H, Ahad – Sudan dan Oman mengambil keputusan untuk menangguhkan hubungan normalisasi dengan negara haram Israel sehingga berakhir pilihan raya Amerika Syarikat (AS).

Akhbar Israel, Maariv Rai Al-Youm mendedahkan bahawa kedua-dua negara Arab itu tidak akan memberi sebarang tawaran kepada Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebelum pilihan raya AS.

Laporan itu turut menyatakan bahawa duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Washington Yousef Al-Otaiba mengesahkan Sudan dan Oman tidak terburu-buru mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel.

Bagaimanapun, Yousef berkata, Israel sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa negara haram itu bakal mencapai hubungan normalisasi dengan Sudan dan Oman.

Sementara itu, Timbalan Ketua Majlis Pemerintahan Tentera Sudan, Jeneral Mohamed Hamdan Daglo atau lebih dikenali sebagai Hemedti dalam satu kenyataan di stesen televisyen Sudan24 minggu lalu, menegaskan pihaknya sedang berusaha mengadakan hubungan dengan Israel, malah tidak gentar kepada mana-mana pihak yang mengecam keputusannya.

“Kami tidak takut kepada sesiapa pun. Tetapi ini adalah hubungan, bukan normalisasi,” tegasnya.

Selain itu, beliau mengaku bahawa perjuangan Palestin adalah penting dan pihaknya perlu bersama rakyat negara itu.

“Ini adalah hubungan yang akan kita manfaatkan serta akan dilakukan dengan persetujuan dan perundingan semua pihak,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button