Berita UtamaDunia

1,000 bomba dikerah cari mangsa banjir di Perancis

100 buah rumah hanyut dibawa arus banjir, sebahagiannya musnah

PARIS, 17 Safar 1442H, Isnin – Pihak berkuasa Perancis mengerahkan kira-kira 1,000 anggota bomba dan empat helikopter tentera untuk mencari sekurang-kurangnya sembilan orang yang hilang, selepas banjir besar melanda wilayah perbatasan pergunungan dengan negara jirannya, Itali.

Ribut melanda di seluruh tenggara Perancis dan kemudian utara Itali, menyebabkan banjir besar di kedua-dua bahagian sempadan.

Lima mayat ditemui di barat laut Itali, termasuk empat mayat yang hanyut di pantai berdekatan dengan sempadan dengan Perancis, kata para pegawai.  

Polis berkata, empat daripada mayat itu ditemui di hamparan pantai antara bandar sempadan Ventimiglia dan Santo Stefano al Mare. 

“Yang kelima dijumpai dekat dengan sungai. Setakat ini, belum ada mangsa yang dikenal pasti,” kata polis.

Di Perancis, ribut melanda beberapa kampung di sekitar bandar Nice di French Riviera.  

Datuk Bandar Nice, Christian Estrosi menyifatkannya sebagai bencana terburuk di kawasan itu selama lebih dari satu abad.

“Jalan dan sekitar 100 rumah dihanyutkan dan hancur sebahagiannya,” katanya kepada saluran berita Perancis BFM selepas melakukan tinjauan udara. 

Kira-kira 10,500 rumah ditinggalkan tanpa elektrik, kata syarikat tenaga Perancis Enedis.  

Perancis mengisytiharkan wilayah itu sebagai zon bencana alam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button