Berita UtamaDunia

Angka kematian global dijangka cecah 3.3 juta pada Januari 2021

Jumlah korban berkurang jika 95 peratus masyarakat dunia pakai pelitup muka

WASHINGTON, 17 Safar 1442H, Isnin – Angka kematian global akibat pandemik COVID-19 berkemungkinan mencecah 3.3 juta pada Januari 2021 sekiranya kerajaan melonggarkan penjarakan sosial, kata penyelidik di Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan Washington (IHME).

Dengan menggunakan data rasmi dari negara-negara di seluruh dunia, IHME dapat menentukan berapa jumlah kematian COVID-19 di seluruh dunia, bergantung kepada senario berlaku.

Sekiranya 95 peratus populasi dunia mula memakai pelitup muka mulai minggu ini, jumlah kematian boleh menurun kepada 1.8 juta, kata para penyelidik.

Namun, jika trend semasa berterusan – di mana beberapa negara melaksanakan perintah dan peraturan ketat lain, sementara puluhan negara lain tidak – maka jumlah kematian mencapai 2.5 juta.

Pandemik ini juga mungkin menyebabkan kematian yang tidak dimasukkan dalam pengiraan rasmi pemerintah.

Penyelidik menjangkakan, sekiranya penduduk seluruh dunia mengelak untuk pergi ke klinik dan hospital, kadar kematian akibat penyakit lain juga akan meningkat. 

Setakat ini, lebih daripada satu juta orang di seluruh dunia terkorban akibat COVID-19, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, António Guterres. 

Menurut ahli epidemiologi di IHME, jumlahnya dapat dikurangkan sekiranya tindakan pencegahan COVID-19 dipatuhi – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button