Dunia

COVID: 3,622 kes baharu, 102 kematian di Indonesia hari ini

Jakarta rekod jangkitan harian tertinggi dengan 1,022 kes

JAKARTA, 17 Safar 1442H, Isnin – Indonesia mencatatkan 3,622 lagi kes jangkitan baharu COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan di seluruh negara itu meningkat kepada 307,120. 

Negara itu turut merekodkan 102 kematian menjadikan angka korban mencecah 11,253 orang, menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Indonesia. 

Kementerian itu berkata, setakat hari ini juga seramai 22,771 orang telah menjalankan ujian saringan COVID-19.

Ibu negara Jakarta merekodkan 1,022 kes baharu tertinggi dalam kes harian, menjadikan jumlah kes di bandar berkenaan kepada 79,872. 

Sementara, beberapa wilayah lain juga melaporkan peningkatan kes harian termasuk Jawa Barat (503 kes),  Jawa Tengah (365 kes), Riau (298 kes), Jawa Timur (237 kes) dan Sumatera Barat (216 kes).

Wabak pandemik – yang bermula dari China sejak Disember lalu – telah merebak ke seluruh 34 wilayah lain di seluruh Indonesia.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button