Berita UtamaDunia

Majoriti keluarga Palestin ‘tak mampu’ jika perintah berkurung dilaksana

Separuh gaji dipotong, terpaksa berhutang untuk beli keperluan harian

BAITULMAQDIS, 17 Safar 1442H, Isnin – 63 peratus keluarga Palestin tidak mampu menampung perbelanjaan mereka selama sebulan, sekiranya perintah berkurung bagi mengawal penularan wabak COVID-19 dilaksanakan semula.

Biro Statistik Pusat Palestin (PCBS) melakukan tinjauan ke atas 9,926 isi rumah di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza bagi mengenal pasti kesan pandemik berkenaan terhadap keadaan sosial dan ekonomi di Palestin.

Hasil tinjauan mendapati sebanyak 46 peratus keluarga di Tebing Barat dan 38 peratus di Semenanjung Gaza kehilangan pendapatan kira-kira separuh sepanjang perintah berkurung.

Hasil tinjauan juga mendapati, 52 peratus keluarga di Tebing Barat dan 79 peratus lagi di Gaza meminjam wang dan berhutang bagi menampung keperluan asas mereka seperti makanan.

April lalu, Pihak Berkuasa Palestin (AP) hanya membayar 50 peratus gaji penjawat awam bagi empat bulan berturut-turut.

Hal ini disebabkan krisis kewangan yang makin meruncing selepas bantahan terhadap negara haram Israel yang merancang untuk meluaskan jajahan di Tebing Barat dan Lembah Jordan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button