Berita Utama

Pemimpin wibawa akan bela nasib semua kaum

Jangan terpesona kata-kata retorik menjelang pilihan raya

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 17 Safar 1442H, Isnin – Rakyat mesti mengutamakan calon muslim berwibawa dalam mana-mana pilihan raya akan datang, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Mahmud Hishamuddin Abd Rashid.

Beliau berkata, rakyat perlu mengenali setiap calon dengan sebaiknya dan tidak hanya terpesona dengan kata-kata retorik menjelang pilihan raya.

Ini kerana, kebanyakan ahli politik hanya ‘menyebut’ mengenai kebajikan rakyat ketika musim berkempen, termasuk memberi pelbagai sogokan seperti wang, saguhati dan hadiah, namun senyap di kemudian hari.

“Kita kesal kerana kebanyakan wakil rakyat mengutamakan agenda kepentingan peribadi, dan mengenepikan keperluan rakyat. Sebab itu berlaku salah guna kuasa dan rasuah.

“Jadilah rakyat yang bijak, jangan mudah terpengaruh, perlu dipantau dan pastikan prestasi mereka selepas dipilih,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Sehubungan itu, Mahmud mengajak rakyat memilih dan mengutamakan calon muslim berwibawa, kerana sudah tentu mereka patuh kepada lunas agama Islam.

Bahkan, calon sebegini juga memahami kerangka asas negara, malah berkemampuan dalam membela rakyat jelata, katanya.

“Sejarah telah membuktikan calon muslim berwibawa mampu membela nasib semua kaum dengan baik kerana ini adalah kehendak agama. 

“Calon juga mesti mempunyai ciri insaniah. Jadi tiga aspek penting perlu ada dalam seseorang pemimpin iaitu integriti, intelektualiti dan spiritualiti,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button