Berita UtamaDunia

Rejim Zionis culik 22 penduduk Palestin termasuk polis

12 pegawai dibawa secara paksa di bandar Ni'lin

TEBING BARAT, 17 Safar 1442H, Isnin – Pusat Maklumat Palestin mengesahkan ejen dan rejim pengganas Israel menyamar dan menculik 22 penduduk Palestin termasuk pegawai polis dalam satu siri serbuan di Tebing Barat yang diduduki.

12 pegawai dibawa secara paksa di bandar Ni’lin berhampiran bandar Ramallah, semalam.

Manakala, sembilan yang lain juga diculik di kota Ramallah, Bethlehem dan al-Khalil (Hebron). Seorang lagi warga Palestin yang lain dibawa pergi di kawasan Issawiya di Baitulmaqdis Timue.

Penculikan itu dilakukan selepas sekumpulan pemuda Palestin memprotes serangan peneroka haram di wilayah yang diduduki.

Ketegangan meningkat antara Israel dan Palestin susulan rancangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengilhakkan beberapa bahagian di Tebing Barat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button