Berita Utama

Aktiviti di Perak seperti biasa, tiada sekatan

Orang ramai jangan panik, sentiasa jaga jarak fizikal

IPOH, 18 Safar 1442H, Selasa – Semua aktiviti di Perak akan berjalan seperti biasa dan tidak perlu ditangguhkan meskipun terdapat peningkatan kes COVID-19 di negara ini, kata Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menteri Besar Perak itu berkata, tiada keperluan untuk memperketat aktiviti buat masa ini, kerana kes COVID-19 hanya merebak di kawasan tertentu.

“Menurut pandangan agensi yang relevan, kes-kes terjadi di tempat tertentu dan tidak disebarkan melalui program, perjumpaan atau acara perkahwinan,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan seminar di Ipoh Convention Center di sini, hari ini.

“Kami akan selalu memantau untuk melihat sama ada terdapat keperluan untuk memperketat aktiviti sosial atau perniagaan,” katanya seperti dilapor The Star. 

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai pendirian negeri berikutan penangguhan majlis di di beberapa negeri kerana lonjakan kes COVID-19.

Faizal berkata, selagi orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menjaga jarak, membersihkan tangan, virus dapat dikendalikan.

“Saya harap orang ramai tidak panik. Seperti di media sosial, saya lihat ramai orang marah pada ahli politik. Virus ini tidak bias, baik Presiden AS atau kumpulan tertentu, ia boleh menyerang siapa saja,” katanya.

Faizal juga mengatakan bahawa beliau telah melakukan tiga ujian pengesanan COVID-19 atau ‘swab test’ sejak kembali dari Sabah, selepas tamatnya Pilihan Raya Negeri (PRN). 

“Keputusan semua negatif. Saya juga melakukan kuarantin selama 14 hari,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button