Berita Utama

Rentas negeri dibenarkan mulai esok – PM Ismail Sabri

Keputusan itu dibuat setelah kadar vaksin capai 90 peratus

KUALA LUMPUR,3 Rabiulawal 1443H, Ahad  – Kerajaan bersetuju membenarkan aktiviti rentas negeri di seluruh negara berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat setelah kadar vaksinasi populasi dewasa di negara ini mencapai 90 peratus.

“Kerajaan bersetuju memberi kebenaran untuk Keluarga Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada polis bermula esok,” katanya pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan dan platform media sosial petang ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button