Berita Utama

Apa perkembangan isu ceroboh tanah kerajaan di Pahang?

Penceroboh haram diberi geran atau kerajaan negeri ambil alih tanah?

BANGI, 18 Safar 1442H, Selasa  – Rakyat mahu tahu perkembangan terkini isu pencerobohan tanah kerajaan negeri oleh pengusaha kebun durian di Raub, Pahang – yang diusahakan secara haram. 

Sebelum ini, kerajaan negeri Pahang melaporkan mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram di kawasan hutan simpan.

Kegiatan itu dilakukan pengusaha kebun durian di Raub yang diusahakan di kawasan tanah bukan milik mereka.

Susulan itu, kerajaan Pahang pada 1 Ogos lalu mula bertindak tegas untuk menangani kegiatan pengusaha durian dengan mengeluarkan notis pengosongan tanah kebun dan panjakan kepada penceroboh terbabit.

“Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak atasan di negeri Pahang.

“Adakah penceroboh haram terbabit telah diberikan geran tanah, atau ia telah diambil alih semula oleh kerajaan negeri,” soal Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin. 

Beliau membangkitkan isu berkenaan susulan rekod jualan durian Musang King yang dicatatkan baru-baru ini.

Media melaporkan sebanyak 300,000 durian Musang King berjaya dijual secara atas talian dalam tempoh kurang satu jam di China.

Rekod festival jualan durian itu bernilai RM61.2 juta yang dijalankan di tiga lokasi berasingan iaitu Qinzhou, Kuala Lumpur dan Raub, Pahang.

China mengimport 600,000 durian bernilai RM7.1 bilion daripada Malaysia.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button