Berita Utama

PRK Batu Sapi akan diadakan susulan kematian Vui Keong

Mesyuarat khas Selasa depan bincang tarikh penting PRK: SPR

KUALA LUMPUR, 18 Safar 1442H, Selasa – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober lepas.

Menurut SPR, pelaksanaan PRK itu selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan.

“SPR mendapat notis kekosongan luar jangka kerusi Parlimen tersebut daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini. Justeru itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada Selasa, 13 Oktober ini,” demikian menurut SPR dalam kenyataan hari ini.

Mesyuarat khas yang dijadualkan pada 10 pagi di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRK seperti writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain bagi PRK itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button