Berita UtamaDunia

Brazil benarkan rakyat Ukraine masuk melalui visa kemanusiaan

Beri jaminan tidak akan lepas tangan sebaliknya akan terus bantu

RIO DE JANEIRO, 27 Rejab 1443H, Selasa – Presiden Brazil, Jair Bolsonaro mengumumkan berhasrat membuka pintu dan membenarkan rakyat Ukraine memasuki negara ini melalui visa kemanusiaan.

Menerusi temu bual bersama saluran TV Jovem Pan, Bolsonaro berkata, kerajaan Persekutuan kini sedang mengkaji visa kemanusiaan kepada rakyat Ukraine untuk datang ke Brazil.

Katanya, keputusan berkenaan akan dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan dalam masa terdekat.

Beliau dalam masa sama menambah, negara ini bersedia melakukan apa sahaja yang bersesuaian bagi menerima kehadiran rakyat Ukraine.

Ketika ditanya mengenai sekatan terhadap Russia, Bolsonaro berkata, situasi yang berlaku mampu menjejaskan Brazil yang bergantung kepada negara itu dalam sektor pertanian.

“Kami akan bekerjasama dengan duta kami supaya Brazil tidak terlepas pandang akibat daripada perkara ini.

“Bagaimana kami boleh memberi makan kepada rakyat kami dengan selamat? Sekiranya tanpa baja, kami kehilangan produktiviti dan negara akan mempunyai pengeluaran yang semakin berkurangan?” katanya.

Sehingga kini, Brazil bergantung kepada import untuk keperluan baja, dengan Russia merupakan pembekal terbesar bagi nitrogen campuran, fosforus dan kalium. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button