Berita UtamaDunia

India rancak buka ekonomi ketika kes COVID-19 cecah 6.75 juta

Kadar pemulihan 84 peratus penanda aras keyakinan kerajaan

NEW DELHI, 19 Safar 1442H, Rabu – Sebanyak 72,049 kes baharu COVID-19 dicatatkan di India dalam tempoh 24 jam terakhir, sekali gus menjadikan jumlah jangkitan di negara itu kini mencecah 6.75 juta.

Kementerian Kesihatan pada Rabu melaporkan, sebanyak 986 kematian dicatatkan dan menjadikan jumlah korban sebanyak 104,555 orang.

Hampir 50 peratus kematian akibat COVID-19 di India tertumpu di 25 daerah di dalam lapan buah negeri.

Selain itu, hampir 10 negeri menyumbang 77 peratus daripada jumlah keseluruhan kes aktif di negara itu.

Menurut Kementerian Kesihatan, kadar pemulihan di India juga berada pada tahap lebih daripada 84 peratus.

Pemerintah menjadikan angka itu sebagai alasan untuk membuka lebih banyak sektor ekonomi termasuk membenarkan pawagam dibuka mulai 15 Oktober ini.

Malah, Kementerian Kesihatan pada Selasa turut mengeluarkan panduan untuk berhimpun ketika perayaan yang akan datang. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button